Logo & Lirik Lagu SKDN

LOGO SEKOLAH



PENGERTIAN GRAFIK

Logo Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding berbentuk bulat bermaksud bulatnya tekad dan azam seluruh warganya untuk mencapai visi dan misi sekolah.

Riben melambangkan sokongan dlam perjuangan mencapai visi dan misi sekolah.

Grafik di tengah menggambarkan usha bersepadu dan seragam seluruh warga sekolah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan ilmu pengetahuan demi memartabatkan agama, bangsa dan Negara menerusi media cetak dan elektronik berasaskan teknologi maklumat.


PENGERTIAN WARNA


Warna Merah bermaksud ketangkasan dan keberanian seluruh warga sekolah mengharungi cabaran dan dugaan.

Warna Biru melambangkan perpaduan seluruh warga sekolah untuk mengujudkan sekolah yang berkesan dan cemerlang.

Warna Kuning menggambarkan keikhlasan dan kejujuran seluruh warga sekolah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Warna Hijau bererti seluruh tumpuan perjuangan ke arah mencapai visi dan misi sekolah berlandaskan konsep dan lunas-lunas Islam.


Ilham dan grafik: En. Azman B Abd Manaf GPK1


LIRIK LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
BELAJAR, BERKHIDMAT & BERAMAL

Enam Januari 2003
SK Dusun Nanding sejarahnya bermula
Kami rasa bangga dan bahagia
Bernaung di bawah benderanya

c/o Belajar berkhidmat dan beramal
Cogankata kami semua
Kami terima budi
Kami akan berbakti
Kepada agama, bangsa dan Negara

SK Dusun Nanding indah berseri
Kamilah wargamu ceria selalu
Kami berikrar seikhlas hati
Teruskan berbakti dan beramal

Belajar berkhidmat dan beramal
Cogankata kami semua
Kami terima budi
Kami akan berbakti
Kepada agama, bangsa dan negara
Kepada agama, bangsa dan negara
Kepada agama, bangsa dan negara

Lirik: Pn Taaziah Bt Abd Rahman
Lagu: En Rosman Adam

Leave a Reply