Sejarah SKDN




      Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding mula beroperasi pada 06 Januari 2003 dengan kekuatan tenaga pengajarnya seramai 22 orang yang terdiri daripada 10 orang Guru Tetap dan 12 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Bilangan murid seramai 385 orang yang dipindahkan dari sekolah-sekolah yang berdekatan iaitu SK Sg Serai dan SK Tun Abdul Aziz Majid. 

       Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang jaraknya lebih kurang 14 km ke Bandar Kajang dan 15 km ke Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sekolah Kebangsaan yang sepatutnya didirikan di kawasan Kampung Dusun Nanding. Oleh kerana keluasan tanah pada tapak asal tidak dapat menampung keperluan yang dikehendaki, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencapai persetujuan untuk menukar tapak di mana tapak asal telah diserahkan kepada MAIS dan sekolah ini telah didirikan di tapak sekarang dengan keluasan 6.5 ekar iaitu berkongsi dengan SMK Dusun Nanding. 
      
       Struktur bangunannya terdiri dari 3 blok di mana Blok A adalah Blok Pentadbiran, manakala Blok B dan Blok C adalah Blok Bilik Darjah. Kemudahan yang disediakan seperti Bilik Guru, Pusat Sumber, 2 Buah Makmal Sains, 2 Buah Makmal Komputer, Bilik UBK, Bengkel KH, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Kantin, Surau dan terkini Pusat Akses (2007). Apa yang dibanggakan kemudahan Balai Menunggu Bas juga disediakan untuk murid yang mana kemudahan ini tidak terdapat di sekolah-sekolah yang dibina sebelum ini.

      Dengan terbinanya sekolah ini, masalah kepadatan murid di sekolah-sekolah yang berhampiran dapat diatasi tambahan pula dengan pembukaan beberapa kawasan perumahan dan penempatan baru seperti Taman Sri Nanding, Taman Perkasa, Taman Desa Raya dan lain-lain di sekitar Hulu Langat ini. dari aspek keselamatan, kedudukan sekolah ini amat strategik kerana terletak jauh dari jalan raya utama. Ini merendahkan kebarangkalian berlakunya kemalangan jalan raya di kalangan murid-murid sekolah ini. 

       Sebenarnya perkataan DUSUN NANDING diambil sempena nama satu dusun yang dipunyai oleh orang asli yang bernama Nanding. Sekolah ini didirikan di sebelah SMK Dusun Nanding dan dipagari bukit yang hijau sejuk mata memandang terutama di waktu pagi. Di samping itu, wujudnya beberapa Pondok Bacaan telah didirikan dalam mewarnai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.





STRUKTUR BANGUNAN SKDN

Blok A

1 Pejabat , 1 Surau ,1  Bilik Rawatan, 1 Bilik Peperiksaan, 1 Pusat Sumber, 1 Bilik j-QAF dan 1 Bilik Akses
Blok B

Makmal Sains 1 dan 2 , 1 Bilik Sukan, 1 Bilik Buana,1  Makmal Komputer,
1 Bilik Seni Visual dan 10 Kelas

Block C

1 Bilik PBS, 1 Bilik Muzik, 1 Kedai Buku,1 Bilik Pemulihan, 1 Bilik Kemahiran Hidup, 1 Bilik Kaunseling, 1 Dewan dan 8 Kelas-Kelas

Block C

2 kelas Pra Sekolah, Kantin, Pondok Pengawal Keselamatan dan Balai Menunggu

Kini SKDN diterajui oleh Pn Sadiah bt Ahmad bermula 16 Julai 2011. Beliau sebelum ini berkhidmat di SK Sultan Alam Shah, Petaling Jaya berazam untuk membangunkan Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding kearah kecemerlangan.  SKDN akan terus memacu kecemerlangan dengan kekuatan:




Jawatan Guru
Bil
Gelaran Jawatan/Gred
Nama
1
Guru Besar DG41
Puan Sadiah bt Ahmad
2
Penolong Kanan 1
Puan Fatimah bt Md Sohot
3
Penolong Kanan HEM
Puan Ropitah bt Ismail
4
Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Zaharah bt Saleh
5
Guru DG41
16 orang guru
6
Gru DGA32
17 orang guru
7
Guru DGA29
7 orang guru
8
Guru GDL
1 orang
9
Staf Sokongan
6 orang
10
Pekerja Pembersihan
7 orang
11
Pekerja Keselamatan
4 orang

Leave a Reply